Program e-Desa telah mula diperkenalkan oleh Unit Kemajuan IT Negeri (KIT) pada tahun 2004 dengan wujudnya pusat perintis Pusat e-Desa Bundu Tuhan, Ranau. Program e-Desa ini dimiliki oleh KIT, sebuah Bahagian di bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM), Negeri Sabah.
Secara ringkas objektif program e-Desa adalah :
a) Menyedia prasarana yang lengkap dan sama rata untuk pengaksesan maklumat melalui ICT;
b) Memberi kesedaran tentang kepentingan ICT;
c) Menjadikan komuniti setempat bukan saja celik ICT malah mampu mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk memajukan kehidupan mereka; dan
d) Memberi khidmat nasihat serta bimbingan mengenai ICT & nilai tambahnya kepada kumpulan sasar.
Komponen program e-Desa secara ringkas adalah :
a) Pengwujudan prasarana fizikal ( Pusat e-Desa)
b) Pembangunan ICT Local champions, bermula dari kumpulan pengendali (Jawatankuasa Pengurusan usat e-Desa - JKPeD) hingga kepada kumpulan sasar.
Pada dasarnya, stakeholders rogram e-Desa adalah terdiri daripada KIT sebagai pelaksana (merancang, melaksana dan memantau program), Pejabat Daerah (sebagai pemantau setempat), Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (sebagai pemantau dilokasi) dan Jawatankuasa Pengurusan Pusat e-Desa (JKPeD), sebagai operator/penyelaras aktiviti harian pusat. Kerjasama yang pada diantara kesemua stakeholders ini akan menentu kejayaan program ini sescara langsung.
No comments:
Post a Comment